Jadual SPM 2026 — Jadual Waktu Peperiksaan Penuh
Peperiksaan bertulis bermula 23 November 2026 dan berakhir 17 Disember 2026. Ujian Amali Sains dan Ujian Bertutur diadakan lebih awal bermula Oktober 2026. Semua tarikh disemak daripada JWP SPM 2026 rasmi Lembaga Peperiksaan.
Disahkan 18 Ogos 2026: Disahkan semula oleh Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Kenyataan Media bertarikh 18 Ogos 2026 (Ralat Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan SPM Tahun 2026) — tarikh Ujian Mendengar Bahasa Melayu (23 November) dan Bahasa Inggeris (24 November) disahkan seperti dalam jadual di bawah.
- Jadual Peperiksaan Bertulis
- Jadual Ujian Bertutur
- Jadual Ujian Amali Sains
- Peraturan & Tips Hari Peperiksaan
- Countdown Setiap Subjek
Muat turun PDF rasmi (Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LP/SPM/2026), disahkan 20 Ogos 2026).
Soalan Lazim — Jadual SPM 2026
Bila SPM 2026 bermula?
SPM 2026 bermula pada 23 November 2026 (Isnin) dengan Bahasa Melayu Kertas 4 (Ujian Mendengar), dan berakhir pada 17 Disember 2026 (Khamis) dengan Matematik Tambahan Kertas 2. Ujian Amali Sains dan Ujian Bertutur diadakan lebih awal, mulai 26 Oktober 2026.
Bila Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2026?
Ujian Bertutur Bahasa Melayu (1103/3) diadakan 26 hingga 29 Oktober 2026. Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (1119/3) diadakan 2 hingga 5 November 2026. Kedua-duanya dijalankan dalam 3 sidang setiap hari.
Bila Ujian Amali Sains SPM 2026?
Ujian Amali Sains diadakan pada 16 November 2026 (Fizik), 17 November 2026 (Kimia), dan 18 November 2026 (Biologi dan Sains Tambahan pada hari yang sama).
Apa yang tidak boleh dibawa masuk ke dewan peperiksaan SPM?
Calon dilarang membawa telefon bimbit, alat/peranti elektronik, nota, buku, akhbar, kamus, kertas peperiksaan lama, dan bekas alat tulis atau beg (kecuali alat tambahan yang dibenarkan) ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan.
Berapa awal calon perlu tiba untuk peperiksaan SPM?
Calon perlu berada di tempat duduk 20 minit sebelum peperiksaan bertulis atau Ujian Mendengar dimulakan, dan 10 minit sebelum Ujian Amali Sains atau Ujian Bertutur dimulakan.
Di mana boleh muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2026 rasmi?
Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) SPM 2026 rasmi boleh dimuat turun dari portal Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my) atau terus dari halaman ini di JomSkor dalam format PDF.