Peraturan & Tips Hari Peperiksaan SPM 2026
Barang Yang Dilarang
- Telefon bimbit, jam pintar dan semua alat/peranti elektronik
- Nota, buku, akhbar, kamus, lukisan atau grafik
- Kertas peperiksaan lama, Jadual Waktu Peperiksaan atau Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan
- Bekas alat tulis dan beg (kecuali alat tambahan yang dibenarkan)
- Catatan pada pakaian atau anggota badan
Barang Yang Dibenarkan
- Kalkulator — dibenarkan untuk kertas peperiksaan berkenaan sahaja
- Pen mata bola berdakwat hitam atau biru untuk menjawab
- Pensel atau pen warna lain khusus untuk melukis gambar rajah dan peta
- Pensel 2B atau BB untuk kertas objektif (JOB/JOTB)
- Getah pemadam jenis lembut sahaja (bukan jenis cecair/kimia/pelekat)
- Alatan Geometri untuk Geografi Kertas 2 — jangka sudut, pembaris, jangka tolok, jangka lukis
Waktu Ketibaan
- Peperiksaan bertulis / Ujian Mendengar: 20 minit lebih awal
- Ujian Amali Sains / Ujian Bertutur: 10 minit lebih awal
Kesalahan & Hukuman
- Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan
- Keputusan peperiksaan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
- Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu penyiasatan
- Sekatan daripada menduduki peperiksaan selama setahun (bagi kes menyamar dan/atau rasuah)
Masa Tambahan OKU (Kategori A)
- 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit: 30 minit
- Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit: 1 jam
- Lebih 2 jam 30 minit: 1 jam 30 minit
Arahan Khas Mengikut Kertas
- 2280/2 Geografi Kertas 2 — Stensil peta TIDAK boleh digunakan. Calon dibenarkan membawa Alatan Geometri (jangka sudut, pembaris, jangka tolok, jangka lukis) dan benang yang bersesuaian.
- 2611/2 Pendidikan Seni Visual – Ujian Melukis Kertas 2 — Guna kertas lukisan yang dibekalkan LP sahaja. Calon ambil kertas peperiksaan pada 24 November 2026 (Selasa). Alat/media dibenarkan: berus warna, cat air/akrilik, pensel warna, pastel, arang, dll. Tidak dibenarkan: kertas berlakaran, alat air brush, warna semburan aerosol.
- 3729/1 Pertanian Kertas 1 — Calon bawa sendiri pensel warna.
- 3759/1, 3771/1 Lukisan Kejuruteraan & Grafik Komunikasi Teknikal Kertas 1 — Bawa semua alat lukisan kejuruteraan: Sesiku T, Pembaris Skala, Papan Lukisan A3 (297mm x 420mm).
- 3763/1 Reka Cipta Kertas 1 — Bawa sendiri peralatan melukis dan mewarna.
- 7110/1, 7207/1, 7301/1, 7303/1, 7101/1–7106/1 Kertas vokasional (Pembuatan Perabot, Penjagaan Muka & Penggayaan Rambut, Landskap & Nurseri, dsb.) — Calon bawa sendiri pensel warna (dan make-up kit untuk Penjagaan Muka & Penggayaan Rambut).
- 1103/3, 1103/4, 1119/3, 1119/4, 1225 Ujian Bertutur/Mendengar BM & BI, Pendidikan Moral — Kertas Peperiksaan Tertutup — dikumpul semula oleh Ketua Pentaksir/Ketua Pengawas dan diserahkan kepada JPN selepas tamat waktu.
Soalan Lazim — Peraturan Peperiksaan SPM 2026
Apa akan berlaku jika calon melanggar peraturan peperiksaan SPM?
Calon yang melanggar peraturan dianggap melakukan salah laku di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997. Tindakan boleh termasuk pembatalan keputusan kertas berkenaan, pembatalan keputusan seluruh pusat peperiksaan, atau sekatan menduduki peperiksaan selama setahun.
Bolehkah calon guna kalkulator dalam peperiksaan SPM?
Ya, kalkulator dibenarkan untuk kertas peperiksaan yang berkenaan sahaja (contohnya Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Ekonomi dan Prinsip Perakaunan).
Bolehkah calon lambat masuk peperiksaan SPM?
Calon dibenarkan menduduki peperiksaan bertulis atas budi bicara Ketua Pengawas sekiranya tiba dalam 30 minit selepas peperiksaan bermula, dengan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.