Tarikh SPM 2026 (Rasmi): 23 November hingga 17 Disember 2026

SPM 2026 bermula 23 November dan tamat 17 Disember 2026 (Lembaga Peperiksaan). Semak tarikh setiap subjek, Ujian Bertutur, Amali Sains dan berapa hari lagi.

Peperiksaan bertulis SPM 2026 bermula pada Isnin, 23 November 2026 dengan Bahasa Melayu dan berakhir pada Khamis, 17 Disember 2026 dengan Matematik Tambahan. Tarikh ini datang daripada Jadual Waktu Peperiksaan rasmi Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan disahkan semula oleh KPM pada 18 Ogos 2026.

Berapa Hari Lagi SPM 2026?

Semak countdown hari ke SPM 2026 di halaman Jadual SPM JomSkor.

Tarikh Penting SPM 2026

Peperiksaan Tarikh
Ujian Bertutur Bahasa Melayu 26 hingga 29 Oktober 2026
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris 2 hingga 5 November 2026
Ujian Amali Fizik 16 November 2026
Ujian Amali Kimia 17 November 2026
Ujian Amali Biologi & Sains Tambahan 18 November 2026
Kertas bertulis pertama (Bahasa Melayu) 23 November 2026
Kertas bertulis terakhir (Matematik Tambahan) 17 Disember 2026

Tarikh SPM 2026 Ikut Subjek

Subjek Tarikh Kertas 1
Bahasa Melayu 23 November 2026 (Isnin)
Bahasa Inggeris 24 November 2026 (Selasa)
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 25 November 2026 (Rabu)
Matematik 26 November 2026 (Khamis)
Sejarah 30 November 2026 (Isnin)
Biologi 2 Disember 2026 (Rabu)
Fizik / Sains 3 Disember 2026 (Khamis)
Ekonomi 7 Disember 2026 (Isnin)
Prinsip Perakaunan 14 Disember 2026 (Isnin)
Kimia 15 Disember 2026 (Selasa)
Matematik Tambahan 17 Disember 2026 (Khamis)

Nota: Tiada peperiksaan pada 11 Disember 2026 (cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor). Masa setiap kertas, kod kertas dan semua subjek lain ada dalam jadual penuh.

Lihat Jadual Waktu SPM 2026 Penuh + PDF Rasmi

Bila Keputusan SPM 2026?

Tarikh keputusan SPM 2026 belum diumumkan oleh KPM. Sebagai rujukan, keputusan SPM beberapa tahun kebelakangan diumumkan antara April dan Jun tahun berikutnya. Kami akan kemas kini halaman ini sebaik tarikh rasmi keluar.

Kertas Percubaan SPM 2026 (Telah Berlaku)

Kertas percubaan SPM 2026 telah berlaku antara penghujung Jun dan awal Julai 2026 bagi kebanyakan negeri, mengikut jadual Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Kertas percubaan ni sekarang jadi bahan latihan terbaik untuk SPM sebenar.

Buat Kertas Percubaan SPM 2026 Ikut Negeri

Subjek SPM 2026

Subjek Kod Bilangan Kertas
Bahasa Melayu 1103 2 kertas
Bahasa Inggeris 1119 2 kertas
Matematik 1449 2 kertas
Matematik Tambahan 3472 2 kertas
Sejarah 1249 2 kertas
Fizik 4531 3 kertas
Kimia 4541 3 kertas
Biologi 4551 3 kertas
Pendidikan Islam 2056 2 kertas
Pendidikan Moral 3026 1 kertas
Ekonomi 3767 2 kertas
Prinsip Perakaunan 3756 2 kertas
Sains Komputer 3770 2 kertas

Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Setiap hari yang berlalu adalah peluang untuk kuasai satu bab lagi.

Mula Latihan SPM 2026 Sekarang

Lepas SPM, nak sambung ke mana?

DegreeMate, projek saudara JomSkor, bantu anda rancang langkah selepas SPM. Percuma.