ASID BES DAN GARAM
Kimia · Ditanya oleh hanisah pada 2026-09-02
Seorang pelajar ingin menyediakan sampel garam plumbum(II) sulfat, PbSO₄ di dalam makmal. Dia mencampurkan larutan plumbum(II) nitrat, \(\text{Pb(NO}_{3})_{2}\) bersama larutan natrium sulfat, Na₂SO₄. (a) Nyatakan jenis keterlarutan bagi garam plumbum(II) sulfat dalam air. (Sama ada garam terlarut atau garam tak terlarut). (b) Namakan jenis tindak balas yang terlibat dalam penyediaan plumbum(II) sulfat ini. (c) Tuliskan persamaan ion bagi pembentukan mendakan plumbum(II) sulfat. (d) Nyatakan satu pemerhatian yang dapat dilihat apabila kedua-dua larutan itu dicampurkan. (e) Berikan satu kaedah fizikal untuk mengasingkan garam plumbum(II) sulfat yang terbentuk daripada campuran tindak balas tersebut.
0 undian · 0 jawapan