Jenis Gelombang — Nota JomSkor

Gelombang boleh dikelaskan berdasarkan perambatan profil gelombang kepada gelombang progresif atau gelombang pegun. Selain itu, gelombang juga dikategorikan sebagai gelombang mekanik atau gelombang elektromagnet, serta gelombang melintang atau gelombang membujur, bergantung kepada arah getaran zarah medium berbanding arah perambatan gelombang.

Fizik · Tingkatan 4

Gelombang Progresif

Gelombang yang profilnya merambat dengan masa sepanjang arah perambatan gelombang.

Gelombang Pegun

Gelombang yang profilnya tidak merambat dengan masa, terhasil apabila dua gelombang progresif serupa bergerak bertentangan bertembung.

Gelombang Melintang

Gelombang di mana zarah-zarah medium bergetar pada arah yang berserenjang dengan arah perambatan gelombang, terdiri daripada puncak dan lembangan.

Gelombang Membujur

Gelombang di mana zarah-zarah medium bergetar pada arah yang selari dengan arah perambatan gelombang, terdiri daripada mampatan dan renggangan.

Gelombang progresif
Profil gelombang
Gelombang pegun
Gelombang mekanik
Gelombang elektromagnet
Gelombang melintang
Gelombang membujur
Puncak
Lembangan
Mampatan
Renggangan