7.2 Kesan Fotoelektrik — Nota JomSkor

Kesan fotoelektrik ialah fenomena apabila elektron dipancarkan dari permukaan logam apabila disinari oleh alur cahaya dengan frekuensi tertentu. Elektron yang dipancarkan dikenali sebagai fotoelektron. Fenomena ini menunjukkan percanggahan dengan teori fizik klasik dan membawa kepada perkembangan teori kuantum.

Fizik · Tingkatan 5

Kesan Fotoelektrik

Fenomena pemancaran elektron dari permukaan logam apabila disinari cahaya dengan frekuensi tertentu.

Fotoelektron

Elektron yang dipancarkan dari permukaan logam akibat kesan fotoelektrik.

Frekuensi Ambang

Frekuensi minimum cahaya yang boleh menghasilkan kesan fotoelektrik pada satu jenis logam. Jika frekuensi cahaya kurang daripada $f_0$, tiada fotoelektron akan dipancarkan.

$f_0$

Ciri-ciri Kesan Fotoelektrik

1. Semakin tinggi frekuensi foton cahaya, semakin tinggi tenaga kinetik fotoelektron. 2. Wujud frekuensi ambang ($f_0$). 3. Tenaga kinetik fotoelektron tidak bergantung pada keamatan cahaya. 4. Fotoelektron dipancar secara serta-merta apabila disinar dengan cahaya (jika $f \ge f_0$).

Contoh soalan

Mengapakah keamatan cahaya yang bertambah tidak meningkatkan tenaga kinetik fotoelektron?

Tenaga kinetik fotoelektron bergantung pada frekuensi cahaya, bukan keamatan cahaya. Keamatan cahaya yang lebih tinggi hanya meningkatkan bilangan fotoelektron yang dipancarkan, bukan tenaga kinetik setiap fotoelektron.

Kesan fotoelektrik
Fotoelektron
Frekuensi ambang
Sel foto
Katod
Anod
Miliammeter