Istilah Penting Sejarah SPM 2026 — Tingkatan 4 & 5 KSSM

Ulang kaji istilah Sejarah SPM Tingkatan 4 dan 5 mengikut bab. Fahami definisi KSSM untuk persediaan soalan objektif, struktur dan esei.

Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Undang-undang Kutara Manawa
Diamalkan oleh Kerajaan Majapahit
Wilayah Pengaruh
Kawasan yang rakyatnya menerima dan mengakui kekuasaan raja
Rakyat
Penduduk dalam sebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka
Inskripsi Telaga Batu
Digunakan dalam upacara persetiaan antara pemerintah dan golongan diperintah
Kerajaan
Muncul kerana adanya raja / raja pemerintah tertinggi / Sistem Pembesar Empat Lipatan
Kedaulatan
Lambang kekuasaan tertinggi seorang sultan / bebas daripada campur tangan kuasa asing
Undang-undang Kesultanan Melaka
Hukum Kanun Melaka / Undang-undang Laut Melaka
Lambang Kebesaran
Simbol kedaulatan sultan yang memerintah / adat istiadat / warna / nobat / regalia / cap mohor
Wilayah Taklukan
Wilayah yang diperolehi melalui peperangan / Pahang / Rokan / Kuala Linggi / Inderagiri
Wilayah Naungan
Wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka melalui perkahwinan atau persahabatan / Lingga
Keunggulan
Kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan / sistem pentadbiran / undang-undang
Sistem Pentadbiran Melaka
Dua peringkat: Pentadbiran Pusat dan Peringkat Jajahan
Pembesar Berempat
Bendahara / Laksamana / Temenggung / Penghulu Bendahari
Kawasan Pegangan
Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat — sungai / pulau / wilayah
Pembesar Lain
Syahbandar / Bentara / Orang Kaya / Hulubalang / Penghulu
Bendahara
Ketua Pentadbiran / Ketua Turus Angkatan Tentera / Menasihati Sultan dalam pelbagai hal / pemangku sultan
Penghulu Bendahari
Menguruskan perbendaharaan / urusan perdagangan / cukai / ufti
Syahbandar
Mengutip cukai di pelabuhan
Temenggung
Menjaga keselamatan Kota Melaka
Laksamana
Panglima Angkatan Laut Melaka
Bendahara Tun Perak
Paling lama berkhidmat / berkhidmat di bawah 4 orang sultan
Hukum Kanun Melaka
Mengandungi 44 fasal / Jenayah / Bidang kuasa sultan dan pembesar / kekeluargaan / hal berkaitan ekonomi
Perkataan Raja
Titah / murka / kurnia / anugerah — hanya boleh digunakan oleh Raja
Undang-undang Laut Melaka
Perkara berkaitan dengan peranan nakhoda / pelayaran / jenayah atas kapal / percukaian
Nakhoda
Berkuasa penuh / raja dalam pelayaran / harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda
Pegawai di atas Kapal
Jurumudi / malim / jurubatu
Malim
Seorang yang arif dalam pelayaran / mengetahui tentang ombak / arus / kedudukan bulan dan bintang
Masyarakat Kesultanan Melaka
Golongan pemerintah / golongan diperintah
Golongan Pemerintah
Sultan / pembesar / kerabat diraja / ulama
Peranan Sultan
Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat / mewujudkan perpaduan / menjaga kemakmuran dan kestabilan kerajaan
Peranan Pembesar
Memelihara keamanan / kebajikan rakyat / perantara sultan dan rakyat / mengutip hasil / membekal tentera
Peranan Rakyat
Taat setia / mematuhi arahan / tidak menderhaka / menjadi tentera / gotong-royong / pengayuh / pendayung kapal perang
Waadat
Perjanjian antara Demang Lebar Daun (golongan diperintah) dengan Sang Sapurba (golongan pemerintah)
Golongan Rakyat
Peniaga / petani / tukang / nelayan
Golongan Hamba
Hamba raja / hamba berhutang / hamba biasa
Tulah
Kecelakaan yang menimpa seseorang kerana melanggar larangan / titah raja / menderhaka kepada raja

Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nasionalisme
Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara / semangat kebangsaan / perjuangan menentang penjajahan / pembelaan terhadap bangsa dan negara
Nasionalisme Barat
Penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan / anti raja / memperoleh kemerdekaan
John Locke
Ahli falsafah Inggeris / Karya 'Two Treaties of Government' / prinsip raja berperlembagaan / menolak raja berkuasa mutlak
Revolusi Keagungan (1688)
Berlaku di England / keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat / peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
Bills of Right
Keutamaan diberikan kepada parlimen untuk menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai
Revolusi Amerika (1776)
Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British / menentang Akta memungut cukai / Akta Pelayaran / Gula / Setem dan Teh
Jamuan Teh Boston
Peristiwa penentangan terhadap cukai dan monopoli British dalam perdagangan teh di Amerika / membuang kotak berisi teh ke laut dari kapal British / Tercetusnya Revolusi Amerika
Revolusi Perancis (1789)
Sasaran pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan / berakhirnya pemerintahan beraja di Perancis
Nasionalisme di Asia
Gerakan untuk menamatkan penjajahan kuasa asing / menuntut perubahan politik seiring dengan pembinaan negara bangsa
Dahagi India 1857
Pemberontakan oleh sepoi (askar upahan) kerana ancaman pengaruh British terhadap adat / budaya / agama masyarakat setempat
Satyagaraha
Berpegang teguh kepada kebenaran / asas perjuangan tanpa keganasan / pimpinan Mahatma Gandhi
Gerakan Islah
Gerakan Pemulihan Islam / menyeru umat Islam berpegang kepada ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan hadis / melepaskan diri dari penjajahan
Gerakan Pan-Islamisme
Seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat
Semangat Bushido
Sikap sanggup menanggung risiko / bersungguh-sungguh mencapai cita-cita / sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap negara
Katipunan
Ditubuhkan untuk memerdekakan Filipina secara revolusi / Kalayan / Revolusi Filipina / menyingkirkan pemerintahan Sepanyol
Isu Kasut
Digunakan untuk membangkitkan semangat nasionalisme / orang British memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha / mencemari kesucian buddha
Golongan Mandarin
Pembesar yang menerima pendidikan Confucius
Sumpah Pemuda
Ikrar / Tiga asas sumpah: satu tanah air / satu bangsa / satu bahasa
Raja Mongkut
Membina hubungan baik dengan kuasa Barat / melaksanakan birokrasi Barat / membawa masuk penasihat dan guru dari Barat
Raja Chulalongkorn
Meneruskan pemodenan negara dan dasar terbuka / menjadikan Thailand negara bebas dari penjajahan
Perkembangan Nasionalisme
Melalui Perjuangan Golongan Intelektual / Penulisan / Persatuan
Kaum Muda
Golongan berpendidikan Agama yang mempelopori perjuangan nasionalisme Melayu
MCKK
Malay College Kuala Kangsar — melahirkan golongan nasionalis berpendidikan Inggeris
SITC
Sultan Idris Training College — melahirkan golongan nasionalis berpendidikan Melayu

Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun

Perang Dunia Pertama
Negara Eropah / persaingan kuasa / pembentukan pakatan ketenteraan / konflik di rantau Balkan
Pakatan Kuasa Tengah
Jerman / Austria-Hungary / Bulgaria / Empayar Uthmaniyah
Pakatan Bertiga
Britain / Perancis / Rusia / disokong oleh Serbia / Italy / Romania / Portugal / Greece
Krisis Rantau Balkan
Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia / Pembunuhan Archeduke Frans Ferdinand dan isterinya Sophie oleh pemuda Serbia
Perjanjian Versailles
Ditandatangani oleh Pakatan Bertiga dengan Jerman / Jerman dikenakan tindakan / Penubuhan Liga Bangsa-bangsa
Fasisme
Italy / Benito Mussolini / Mementingkan negara daripada individu / nasionalisme melampau termasuk berperang untuk meningkatkan imej negara
Nazisme
Jerman / Adolf Hitler / mengagungkan bangsa Jerman / memulihkan nasionalisme Jerman
Blitzkrieg
Serangan kilat / kapal terbang Jerman mengebom musuh / serangan kereta kebal dan tentera bermotosikal / menakluki negara Eropah
Operasi Barbarossa
Serangan besar-besaran untuk menawan Rusia oleh Jerman
Pembaharuan Meiji
Pemodenan Jepun sehingga muncul sebagai negara industri dan memiliki kuasa ketenteraan yang setaraf dengan Barat
Orde Baharu Asia
Mengembangkan kuasa / mewujudkan kebebasan ekonomi / menentang imperialisme Barat / Jepun / Korea / China / Manchuria
Kempetai
Pasukan polis tentera menjaga kepentingan pentadbiran Jepun / ganas / kejam / menyeksa dan membunuh sesiapa saja yang disyaki
Kua Kunrenjo
Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda / melatih dan menanam semangat memperjuangkan cita-cita politik Jepun
Wang Pokok Pisang
Mata wang Jepun / dicetak tanpa kawalan / berlaku inflasi / wang banyak tapi kekurangan barangan di pasaran
Landasan Keretapi Maut
Dibina dari Thailand ke Burma sejauh 415 kilometer / orang Tanah Melayu dipaksa menjadi buruh / termasuk tawanan perang
MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army)
Gerakan anti-Jepun yang terbesar di Tanah Melayu / pasukan gerila
Gerila
Perang yang dilakukan secara bersembunyi dan dalam kumpulan yang kecil
Operasi Zipper
Serangan secara besar-besaran menawan Tanah Melayu semula
Pemberontakan Jesselton (Double Tenth)
Penentangan penduduk Sabah / Albert Kwok / Gerila Kinabalu
Giyu Gan
Pembela Tanah Air (PETA) / pasukan tentera sukarela membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu / Ibrahim Hj Yaakub
Giyu Tai
Pasukan yang membantu pertahanan persisiran pantai / menjaga ketenteraman awam / Onan Hj Siraj
Little Boy
Bom atom yang dijatuhkan ke atas bandar Hiroshima
Fat Man
Bom atom yang dijatuhkan ke atas bandar Nagasaki
Gerakan Fi-Sabilillah
Mempertahankan maruah bangsa / hak / harta / kelangsungan orang Melayu / menghadapi kezaliman Bintang Tiga

Bab 4: Era Peralihan Kuasa British

British Military Administration (BMA)
Setelah Tentera Jepun menyerah kalah / pentadbiran tentera / Lord Mountbatten / memulihkan keamanan / kestabilan / kepercayaan rakyat
Malayan Union
Menggantikan BMA / melicinkan pentadbiran / meningkatkan pelaburan ekonomi / mengukuhkan pertahanan / mengekalkan orang asing
Kertas Putih 6274
Membentangkan 13 perkara kandungan Malayan Union / British mengambil alih pemerintahan / menubuhkan pentadbiran berpusat
Jus Soli
Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir
Sir Harold Macmicheal
Dilantik untuk mendapatkan tandatangan sultan / menggunakan pelbagai taktik / desakan / paksaan
UMNO (United Malays National Organisation)
Pertubuhan menentang Malayan Union / membakar semangat bangsa Melayu / memupuk perpaduan orang Melayu
Hari Kematian
Hari Lahirnya Malayan Union / Memakai lilitan kain putih tanda berkabung
Gerakan Anti Penyerahan Sarawak
Golongan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British
Rukun 13
Pertubuhan sulit / Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) / menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu / Membunuh Duncan Stewart
Sungkit Berdarah
Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart dan beliau meninggal dunia

Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Persekutuan
Gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran / Kerajaan Pusat / Kerajaan Negeri
Persekutuan Tanah Melayu
Menggantikan Malayan Union yang ditolak oleh penduduk Tanah Melayu
Jawatankuasa Kerja 1946
Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 / Wakil Raja Melayu / wakil UMNO / Pegawai Kanan British
Gabungan PUTERA-AMCJA
Menolak perjanjian Persekutuan / membantah kerana tidak ada wakil bukan Melayu / tidak demokratik / mengukuhkan British / perkauman
Hartal
Tindakan menutup kedai / menghentikan semua kegiatan ekonomi oleh peniaga / menutup premis / kilang / kedai / sekolah / pejabat / ladang
Dekolonisasi
Proses ke arah berkerajaan sendiri
Piagam Atlantik
Ogos 1941 / British dan Amerika / tindakan untuk dunia selepas berlakunya peperangan supaya tiada lagi peluasan kuasa
Perlembagaan Rakyat
Draf cadangan yang dikemukakan oleh PUTERA-AMCJA untuk menggantikan Persekutuan Tanah Melayu tetapi ditolak oleh British
Rakyat Raja
Orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri-negeri Melayu yang mempunyai sultan
Rakyat British
Mereka yang lahir di Melaka / Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan British

Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Komunisme
Ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels / ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara / Communist Manifesto / Das Kapital
Parti Komunis Malaya (PKM)
30 April 1930 / Kuala Pilah / Bergerak melalui Kesatuan Sekerja / pertubuhan / akhbar / sekolah Cina
Kekosongan Politik
Jepun menyerah kalah / British lewat kembali ke Tanah Melayu / PKM meluaskan pengaruh / melakukan kekacauan / kekejaman / pembunuhan
Pengisytiharan Darurat
PKM melancarkan perjuangan bersenjata / Pembunuhan 3 orang pengurus Ladang di Sg Siput Perak / 18 Jun 1948–31 Julai 1960
Senoi Praaq (Urang Perang)
1956 / mengesan tempat persembunyian komunis dalam hutan / orang asli suku Semai, Senoi dan Temuan / The silent killers
Home Guard
Pengawal Kampung / menyekat bekalan makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis / melindungi pekerja lombong
Sarawak Rangers
Orang Iban / Iban Tracker / menjejak persembunyian komunis dalam hutan / mahir selok-belok hutan / Agi Idup Agi Ngelaban
Sistem Pendaftaran Kebangsaan
Kad Pengenalan / membezakan orang awam dengan komunis / mengawal pergerakan penduduk
Rancangan Briggs
Sir Harold Rowdon Briggs / memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen / melemahkan pergerakan Komunis
Min Yuen
Membekalkan makanan / senjata / maklumat / ubat-ubatan / wang / peras ugut / merompak / propaganda / perisikan / sabotaj / beroperasi disebelah malam / dikalangan rakyat
Kampung Baru
Penduduk setinggan di pinggir hutan dipindahkan ke petempatan baru / dilengkapi rumah / elektrik / air / sekolah / kesihatan / dipagari kawad berduri / dikawal oleh Special Constables
Perang Saraf
Usaha memenangi hati dan fikiran rakyat / hubungan baik dengan penduduk / memberikan kerjasama dengan kerajaan / Sir Gerald Templer
Kawasan Hitam
Kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung
Kawasan Putih
Kawasan yang bebas daripada ancaman komunis
Rundingan Baling
Pertemuan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM untuk merundingkan tentang menamatkan ancaman komunis / gagal
Penubuhan MCA (Malayan Chinese Association)
Menawan hati penduduk Cina / bekerjasama memerangi komunis / dari segi kewangan / menjalankan derma / jualan loteri / Tan Cheng Lock

Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

KMM (Kesatuan Melayu Muda)
Ibrahim Hj Yaakub / Kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya / penyatuan berdasarkan persamaan bahasa / daerah / darah / kebudayaan
PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya)
Dr Burhanudin al-Helmy / Ishak Hj Muhamad / Ahmad Boestaman / menanam semangat kebangsaan / membentuk perpaduan
API (Angkatan Pemuda Insaf)
Ahmad Boestamam / kemerdekaan / pemerintahan demokrasi / dasar ekonomi utamakan rakyat / keadilan sosial
MIC (Malayan Indian Congress)
John Thivy / bekerjasama dengan kaum lain memperjuangkan kemerdekaan
MCA (Malayan Chinese Association)
Tan Cheng Lock / menyatukan masyarakat Cina / bekerjasama dengan semua kaum / kemerdekaan
PAS (Parti Islam Se-Tanah Melayu)
Dr. Burhanudin al-Helmy / membina satu negara dan bangsa yang teguh / bahasa Melayu bahasa kebangsaan / kemerdekaan
IMP (Independence of Malayan Party)
Dato Onn Jaafar / perpaduan kebangsaan / Tanah Melayu untuk Malayan
CLC (Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum)
Menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum / moto: Kesamaan dan Keadilan untuk penduduk Tanah Melayu / EEC Thuraisingam (Pengerusi)
Sistem Ahli
Memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum British memberi kemerdekaan / April 1951–Jun 1955
Sekolah Vernakular
Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar / sekolah aliran Melayu / Cina / Tamil / Inggeris / menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial / halang perpaduan
Penyata Razak 1956
Datuk Abdul Razak Hussein / Menteri Pelajaran / Mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang baru / bahasa pengantar dan kurikulum yang sama dan seragam
Parti Perikatan
Gabungan tiga parti terbesar UMNO / MIC / MCA / logo kapal layar / kesediaan menempuh cabaran / kemerdekaan

Bab 8: Pilihan Raya

Pilihan Raya
Memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil / parti yang akan membentuk kerajaan / pengamalan sistem demokrasi
Jenis-jenis Pilihan Raya
Majlis Perbandaran / Negeri / Persekutuan
Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (1950)
Memberikan kuasa kepada majlis tempatan untuk mengadakan pilihan raya
Model Westminster
Sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain
Kuasa Veto
Hak atau kuasa penuh yang diberikan kepada pihak tertentu sahaja / kuasa pembatal

Bab 9: Perlembagaan PTM 1957

Rundingan Kemerdekaan
18 Jan 1956–6 Feb 1956 / Wakil Parti Perikatan / Wakil Raja-raja Melayu / British / Lancaster House, London / mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
Sambutan Bersejarah di Melaka
Padang Bandar Hilir / Mengumumkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu / 31 Ogos 1957
Suruhanjaya Reid
Membincangkan / menyusun / merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
Memorandum
131 memorandum bertulis / Raja-raja Melayu / parti politik / badan awam / orang perseorangan / corak pentadbiran / kewarganegaraan / kedudukan istimewa orang Melayu / bahasa / pendidikan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Pengamalan Raja Berperlembagaan / Kewarganegaraan / kedudukan istimewa orang Melayu / kepentingan sah kaum lain / kedudukan Agama Islam / Kedudukan Bahasa Melayu

Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Kemerdekaan / Merdeka
Bebas daripada sebarang cengkaman asing / menentukan pemerintahan dan hala tuju negara / bebas daripada penjajahan / negara yang berdaulat / mempunyai kuasa tertinggi
Nelson Rolihlahla Mandela
Tokoh pejuang kemanusiaan yang membebaskan rakyat Afrika daripada penindasan dasar aparteid di Afrika Selatan
Mahatma Gandhi
Tokoh pejuang kemerdekaan India / memperjuangkan kebebasan rakyat India daripada belenggu kemiskinan dan penindasan kasta
Stadium Merdeka
Direka bentuk oleh S.E Jewkes / 6 bulan untuk disiapkan / 22 ribu tempat duduk / 3000 tempat duduk berbumbung / 2.5 juta ringgit / siap dibina pada 21 Ogos 1957
Lagu Kebangsaan (Negaraku)
Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan / Negaraku / Terang Bulan lagu asal ditulis oleh Saiful Bahari
Bendera Kebangsaan
Direka oleh Mohamad Hamzah / Kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor
Demokrasi Berparlimen
Rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya / rakyat berhak bersuara dan memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan
FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
Memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian / penempatan semula masyarakat / menanam getah dan kelapa sawit
Komanwel
Pertubuhan sukarela dianggotai oleh negara yang pernah dijajah oleh British

Bab 1: Kedaulatan Negara

Kedaulatan
Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas / diperkukuh melalui pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan perlembagaan
Kedaulatan Tradisional
Sistem pemerintahan berkuasa mutlak / berpaksi kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu / raja sebagai ketua pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi
Kedaulatan Moden
Idea kemunculan negara bangsa Moden / Revolusi Keagungan di England (1688) dan Revolusi Prancis (1789) / hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kerajaan dan rakyat terikat dengan undang-undang yang perlu dipatuhi / menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat
Kedaulatan Antarabangsa
Pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain / Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970
Jean Bodin
Ahli falsafah Perancis / kekuasaan tertinggi dalam sesebuah negara / mempunyai sifat kekal dan tidak terbatas
Ibn Khaldun
Ilmuan Islam / kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya / diiringi oleh kekuatan beragama
Aristotle
Ahli falsafah Yunani / kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara / kerajaan yang terikat oleh undang-undang
Tunku Abdul Rahman
Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
Raja Berperlembagaan
Pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan / 3 Institusi Beraja: YDPA (Persekutuan), Institusi Beraja (Negeri) dan Majlis Raja-Raja
Demokrasi Berparlimen
Demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan raya
Patriotisme
Perasaan cinta akan negara dan bangsa serta sanggup mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya

Bab 2: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan
Undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara
Hukum Kanun Melaka (HKM)
Undang-undang yang menjadi panduan serta kawalan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan negara semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka
Undang-Undang Laut Melaka (ULM)
Undang-undang yang menjadi panduan serta kawalan kepada pemimpin di Pelabuhan Melaka
Hukum Kanun Pahang
Undang-undang dan sistem pemerintahan yang ditentukan oleh raja / dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
Charter of Justice
Undang-undang di Negeri-negeri Selat
Council Negri
Badan membuat undang-undang di Sarawak / Majlis Negeri yang mengandungi 45 orang ahli
Majlis Undangan Sabah
Memberi kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang-undang
Ciri Tradisional Perlembagaan
Kesultanan atau pemerintahan beraja / Agama Islam / Bahasa Melayu / Kedudukan orang Melayu dan bumiputera
Ciri Moden Perlembagaan
Kerajaan Persekutuan / Sistem Demokrasi Berparlimen / Kewarganegaraan
Pindaan Perlembagaan 1963
Pindaan dari perlembagaan PTM 1957 / memasukkan klausa baru pada bahagian tertentu bagi menyesuaikan dengan keperluan semasa
Yang di-Pertua Negeri
Mengetuai Sabah dan Sarawak apabila Malaysia dibentuk dan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong
Pindaan Perlembagaan 1965
Untuk membolehkan Singapura dikeluarkan dari Malaysia / semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia

Bab 3: Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Parlimen

Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka (KeMM)
Raja ialah pemerintah berkuasa mutlak yang mempunyai semua kuasa pemerintahan: kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman
Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Jawatan yang diwujudkan selepas Negara mencapai kemerdekaan / dipilih dalam kalangan raja yang memerintah di sembilan buah negeri / pemilihan dilaksanakan oleh Majlis Raja-raja
Majlis Raja-Raja (MRR)
Mempunyai kedudukan dan peranan dalam pemerintahan negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
Durbar
Perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja Melayu dengan British
Mohor Besar Raja-Raja
Alat yang melambangkan kekuasaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu
Lembaga Pengampunan
Salah satu fungsi Majlis Raja-raja ialah menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu
Kuasa Eksekutif YDPA
YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri untuk melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, pelantikan jawatan penting dalam negara
Kuasa Perundangan YDPA
YDPA memperkenankan sesuatu Rang Undang-undang yang melalui proses pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Kebebasan Asasi
Hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang
Pengasingan Kuasa Pemerintahan
Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga badan: badan perundangan (legislative), badan eksekutif (pelaksana) dan badan kehakiman (judisiari)
Parlimen
Badan perundangan tertinggi di Malaysia yang terdiri daripada tiga komponen: YDPA, Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Negara (DN)
Dewan Negara / Senat
Dewan tertinggi dalam sistem perundangan negara yang membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh DR dengan lebih teliti
Dewan Rakyat / Perwakilan
Dewan yang ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan menggubal serta meluluskan undang-undang pada peringkat DR
Badan Kehakiman
Badan yang bertanggungjawab mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara
Mekanisme Semak dan Imbang
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan / raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar negara
Kuasa Budi Bicara Raja
Kuasa yang boleh dilaksanakan oleh baginda tanpa mendengar atau menurut nasihat ketua kerajaan dalam perkara tertentu
Jemaah Menteri / Kabinet
Terdiri daripada PM dan menteri / tugas utama ialah menggubal dasar negara dan melaksanakan pembangunan / PM mengetuai Jemaah Menteri

Bab 4: Sistem Persekutuan

Sistem Persekutuan
Penyatuan beberapa buah negeri / membentuk sebuah negara bersekutu
Konfederasi Negeri Sembilan
Satu perjanjian antara Yamtuan Besar Seri Menanti dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tunku Besar Tampin untuk tubuhkan konfederasi besar
Persekutuan 1896
Persekutuan yang terdiri daripada empat buah negeri Melayu (NNMB)
Persekutuan Malaysia 1963
Berdasarkan Perjanjian Malaysia / persekutuan yang terdiri daripada 11 buah negeri Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah
Pembahagian Kuasa
Kuasa yang khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Senarai Persekutuan
Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan meliputi perkara termaktub dalam perlembagaan Persekutuan
Senarai Negeri
Kuasa pemerintahan Kerajaan Negeri meliputi perkara termaktub dalam perlembagaan Persekutuan
Senarai Bersama
Perkara yang membolehkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang untuk perkara sama
Kerajaan Tempatan
Kerajaan peringkat ketiga / berkuasa untuk mentadbir dan melaksanakan tanggungjawab kawasan tempatan atau daerah kecil
RASCOM (Rajang Area Security Command)
Ancaman komunis di bahagian ketiga Sarawak
ESSCOM (Eastern Sabah Security Command)
Pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di kampong Tanduo / Lahad Datu Sabah
Keluhuran Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan diangkat sebagai undang-undang tertinggi

Bab 5: Pembentukan Malaysia

Idea Gagasan Malaysia
Konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British / dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj / penggabungan PTM, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
Ditubuh ketika Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura / 4 kali mesyuarat / yakinkan penduduk tentang penubuhan Malaysia / Pengerusi: Donald Stephens
Suruhanjaya Cobbold (Jan 1962)
Lord Cobbold sebagai Pengerusi / 1/3 menyokong pembentukan Malaysia / Perlembagaan PTM 1957 menjadi asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Menyedia rangka Perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah / Ogos 1962
Perjanjian Julai 1963
Perjanjian Malaysia / Dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British, PTM, Sarawak, Sabah dan Singapura / 9 Julai 1963 — London
Pengisytiharan Malaysia
16 September 1963 / Diadakan serentak di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah
Konfrontasi
Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia dengan konsep 'Ganyang Malaysia' / Disember 1962
Neokolonialisme
Perluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar terhadap negara lain
MAPHILINDO
1963 — menyelesaikan isu pembentukan Malaysia antara Malaysia, Filipina dan Indonesia — Gagal

Bab 6: Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

Pemisahan Singapura
Politik – Lee Kuan Yew dan PAP / Kempen Malaysian Malaysia / Ekonomi – dikenakan cukai tambahan / Masalah perkauman – rusuhan kaum / menuntut persamaan hak
Operasi Hammer Sarawak
Kaedah yang sama seperti Rancangan Briggs untuk memenangi hati rakyat — penempatan semula di kawasan baru
Operasi Letter Box
Dilancarkan pada 22 Julai 1965 untuk dapatkan maklumat tentang pergerakan komunis
Operasi Sri Aman
Dibuat pada Oktober 1973 untuk banteras ancaman komunis di Sri Aman, Sarawak / melibatkan pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera
Strategi Counterinsurgency (COIN)
Usaha keselamatan dan pembangunan untuk menangi hati dan fikiran rakyat bagi sokong agenda dan dasar kerajaan untuk perangi komunis
Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Faktor: Ketidakseimbangan dalam ekonomi dan sosial / Kempen pilihan raya guna sentimen perkauman dan keagamaan / PKM ambil kesempatan pengaruhi penduduk
MAGERAN (Majlis Gerakan Negara)
Pengerusi – Tun Abdul Razak Hussein / diberi kuasa memerintah semasa darurat / fokus utama: masalah perpaduan dan ketidakseimbangan ekonomi
Darurat (1969)
Diisytihar oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Mei 1969 / Perlembagaan digantung, Parlimen ditangguh / penguatkuasaan perintah berkurung

Bab 7: Membina Kesejahteraan Negara

Perpaduan Kaum
Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu-padu
Integrasi Nasional
Satu proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa
Rukun Negara
Suatu ideologi negara yang dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan
MAPEN (Majlis Perundingan Negara)
Dibentuk pada 29 Januari 1970 bertujuan membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia / meneliti isu-isu perpaduan negara
Penyata Razak 1956
Laporan oleh satu jawatankuasa bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu
Laporan Rahman Talib
Selepas pilihan raya 1959 / ditubuhkan untuk menyemak semula dan mengukuhkan syor-syor dalam Penyata Razak
KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah)
Matlamat utama: menguasai bahasa Melayu dan menguasai tiga bidang sains
KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah)
Digubal berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan bersatu padu
KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah)
KBSM digantikan dengan KSSM bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai tahun 2017 / selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025
FPN (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Digubal pada tahun 1988 untuk memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara ke arah perpaduan
UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Ditubuhkan pada 18 Mei 1970 untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu / pusat pengajian tinggi awam pertama yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya
DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Penubuhannya bertujuan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu / mengembangkan bahasa dan sastera Melayu
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dibentuk bagi mewujudkan perpaduan negara dan integrasi nasional melalui aspek kesenian dan kebudayaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Prinsip Rukun Negara — agama menjadi panduan hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan landasan dalam membina keharmonian kaum
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Prinsip Rukun Negara — negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Raja merupakan simbol penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip Rukun Negara — ketertinggian dan keagungan perlembagaan atau undang-undang / memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat
Kedaulatan Undang-undang
Prinsip Rukun Negara — setiap rakyat menghormati undang-undang dan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip Rukun Negara — setiap rakyat perlu sentiasa bersopan santun, hormat-menghormati dan berakhlak mulia

Bab 8: Membina Kemakmuran Negara

Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun (1970–1990) / rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara
Membasmi Kemiskinan
Menambah pendapatan / memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat
Menyusun Semula Masyarakat
Mengurangkan / menghapuskan pengenalan kaum ikut fungsi ekonomi
LPN (Lembaga Beras dan Padi Negara)
Mengawal selia sektor padi dan beras / stabilkan harga padi
LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang)
Membantu pekebun kecil, petani dan peladang dalam kegiatan koperasi
LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia)
Tingkatkan taraf hidup nelayan / memodenkan sektor industri perikanan
DPN (Dasar Pembangunan Nasional)
Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad / kesinambungan DEB / menjadikan Malaysia negara maju berdasarkan Wawasan 2020
Golongan Pertengahan
Masyarakat baharu yang terdiri daripada golongan profesional / pemodal / teknikal / pentadbiran dan pengurusan
Estet Perindustrian
Bandar terancang / mengandungi kawasan perumahan / pusat perniagaan dan perindustrian / pusat rekreasi
Zon Perindustrian Bebas
Kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai / tarif sebagai insentif
PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional)
Industri kereta tempatan Malaysia
UDA (Urban Development Authority)
Pembangunan industri dan pembangunan bandar baharu

Bab 9: Dasar Luar Malaysia

ASA (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara)
1961 — Gabungan tiga negara: Malaysia, Filipina dan Thailand
ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara)
8 Ogos 1967 — Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand diikuti Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja, dan Vietnam / rakan dagang yang terpenting bagi Malaysia
ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali)
1971 di KL — Menjalinkan hubungan dengan China
SEAMEO (Southeast Asian Ministers of Education Organization)
Bidang pendidikan, pertukaran pelajar, dan penubuhan pusat serantau pendidikan / RECSAM di Pulau Pinang
NAM (Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak)
Deklarasi Kuala Lumpur — isu Palestin dan serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq / Isu Aparteid
OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam)
Dianggotai oleh 57 buah negara / 5 Sept 1969 / memperjuangkan kepentingan umat Islam / Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama
PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
Mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia / Dr. Ismail Abdul Rahman menjadi wakil tetap Malaysia ke PBB
UNESCO
Gunung Mulu, Taman Negara Kinabalu (2000) / Bandar Melaka (2008) / Lembah Lenggong (2012) sebagai Tapak Warisan Dunia
Misi Pengaman
Bosnia dan Herzegovina (UNPROFOR) / Lubnan (UNIFIL) / Ethiopia (UNMEE) / Congo (UNOC) / Namibia (UNTAG) / Somalia (UNOSOM) / Kemboja (UNTAC) / Timor Leste (INTERFET)
Komanwel
Dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang telah merdeka / membina semangat setia kawan dalam pelbagai bidang
Rancangan Colombo
Rancangan pembangunan ekonomi dan sosial sejak 1951 / menangani kemiskinan / khidmat nasihat berkaitan pendidikan, pertanian, teknikal dan kesihatan
Dasar Aparteid
Menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan hak seseorang berdasarkan warna kulit

Bab 10: Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

Isu Global Kontemporari
Isu ekonomi, sosial dan politik / disuarakan dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa / penyalahgunaan dadah / pertindihan sempadan / kempen antiminyak sawit / pemerdagangan orang
IDEC (International Drug Enforcement Conference)
Ditubuh tahun 1983 oleh AS / memerangi penyalahgunaan dadah dalam forum antarabangsa
Pertindihan Sempadan
Pulau Batu Putih melibatkan Malaysia dan Singapura (Hak Singapura — 2008) / Pulau Sipadan dan Ligitan melibatkan Malaysia dan Indonesia (Hak Malaysia — 2002)
Kepulauan Spratly
Melibatkan China, Vietnam, Brunei, dan Filipina / terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara / sangat penting dari sudut geostrategik dan perdagangan
RSPO (Roundtable on Sustainable Palm Oil)
Ditubuhkan untuk menangani isu kempen antiminyak sawit / menghasilkan pengeluaran minyak sawit secara mampan
MAPO (Council For Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants)
Memberi bantuan kepada mangsa pemerdagangan orang / rundingan dengan negara luar, penguatkuasaan, pendakwaan dan perlindungan
AFTA (ASEAN Free Trade Area)
Memudahkan dan meningkatkan perdagangan sesama negara anggota ASEAN / mengurangkan tarif dan cukai barangan
APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation)
Forum antarabangsa yang disertai negara maju dan negara membangun / bincang sikap negara maju mengenai cukai dan tarif
Kemelesetan Ekonomi
Kejatuhan harga ringgit disebabkan oleh spekulasi mata wang / menambat kadar tukaran ringgit (RM) kepada dolar (USD) dengan kadar RM3.80 bagi USD1
Sukuk
Sijil Kewangan Islam
Isu Palestin
Disuarakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj / menjadi asas memastikan hak dan keadilan rakyat Palestin mendapat pembelaan
MERCY Malaysia (Malaysian Medical Relief Society)
1999 — Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood / memberi bantuan perubatan serta membina semula pusat kesihatan komuniti di Acheh / membangunkan infrastruktur di Sri Lanka
Deklarasi Langkawi
Oktober 1989 sempena dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel / usaha menangani isu alam sekitar terutama kesan rumah hijau, kerosakan dan penipisan ozon
Kelestarian Global
Usaha mengekalkan serta memelihara keaslian alam sekitar bagi membolehkannya diwarisi oleh generasi akan datang
Komuniti ASEAN
Ditubuhkan pada 2015 melalui Deklarasi Kuala Lumpur semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27
Zon Bebas Nuklear
Tidak membenarkan perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan digunakan oleh kapal asing yang membawa senjata nuklear